Powered By Blogger

Friday, July 29, 2011

bumiputera (BUMI PUTERA)

"Bumiputera harus berbangga dengan hasil kerja dan pencapaian mereka serta tidak takut untuk belayar dalam perairan yang tidak atau belum lagi diterokai..."

"Inilah yang berlaku apabila kerajaan memperuntukkan RM54 bilion kepada syarikat bumiputera yang akhirnya kekal menjadi pegangan Bumiputera hanya RM2 bilion sahaja. Banyak pihak akan marah apabila dihadapkan dengan fakta ini, tetapi untuk menyelesaikan masalah ini kita perlu mengenal pasti apakah punca kepada masalah itu..."

Penumpuan terhadap hak tanpa mengoptimumkan peluang yang terbit daripada hak itu adalah sikap yang merugikan dan membazirkan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada Bumiputera.

Bumiputera abad ke-21 WAJIB dipersiapkan untuk menempuh era yang berdepan dengan pelbagai cabaran. Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya...

Sebagai Bumiputera abad ke-21, pembianaan keupayaan dan kemahiran harus menjadi mercu tanda untuk mereka berdaya tahan dan tidak gentar menempuh cabaran, selain merapatkan jurang ekonomi dengan kaum lain...

Bumiputera perlu keluar daripada zon selesa dan tidak dilihat sebagai kaum yang meminta dengan hanya memberi tumpuan terhadap tuntutan hak tanpa berusaha memanfaat dan mengoptimumkan peluang diwujudkan melalui hak itu...



No comments:

Post a Comment

Popular Posts